Tabungan

Imotiv

Just Type What Are You Searching ?

Tuesday, 2 December 2014

Moist Chocolate Cupcakes

Assalamualaikum...well sekejap ada sekejap tak ada memang dah macam chips more jer pun kan..tapi bukan biskut...ni versi cupcake okay!

Sorry lah...banyak sangat halangan untuk update regularly dalam blog ni...tapi ini yang termampu Akak buat so...terima ajalah hidangan @ kudapan anak-anak di musim cuti sekolah ni ya.



Moist chocolate cake ni dah selalu sangat jadi hidangan untuk apa-apa aja event kat rumah Akak sebab resepinya yang sangat mudah...asalnya Akak ambil dari myresepi.com dan dah bertahun Akak guna resepi kek yang asalnya kek kukus...tapi Akak bakar...sebab dua-dua cara tetap sedap rasa kek nya.

Terimakasih buat penyumbang asal hanismajid...moga Allah balas perkongsian ilmu dengan pahala yang berlipat kali ganda hendaknya...Amin.Kalau ada yang nak cuba resepi kek ni bolehlah ikut link tu ke sana ...sebab kat myresepi.com ada macam-macam resepi kek lagi yang anda boleh cuba tau.

Apa-apa pun Akak letakkan salinan resepi nya di sini agar memudahkan untuk rujukan dikemudian hari.

Moist Chocolate Cake (Kukus) 
Resepi dari Hanismajid MYR
Bahan-Bahan: 
  • 2 cawan tepung blue key 
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan susu pekat manis 
  • 1 cawan milo 
  • 1 cawan serbuk koko vochelle 
  • 4 biji telur ayam 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 cawan air panas 
  • ***Akak also added 1 packet 3-in-1 Nescafe OR 1 tea spoon of instant coffee pun boleh juga


Cara-cara
masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar...kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye.... then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40minit dah siap...kalo nak letak topping lagik best....

NOTA: Itu cara resepi asal dikukus...Akak pulak masuk semua dalam mixing bowl kecuali minyak..Akak mix lightly the whole ingredients....(kecuali MINYAK lahkan..itu last sekali) bila dah all mixed well baru masuk minyak....sebelum tu pastikan kukusan dah sedia..atau oven dah on ya...

**kalau kukus at medium to slow heat...selama 1 hingga 1jam 15 minit dengan adunan di tutup dengan aluminium foil

*** kalau dibakar pula...set oven earlier....at 180 degree....dan for cupcakes Akak bakar sekitar 15 hingga 25 minit bergantung pada size cuppies ya! Kalau kek size 9 inch tu pulak sekitar 45 to 1 hour...kena insert cake tester tengok it comes out clean tu dah masaklah tu...normally berbau sedap ja bila dah masak...!!Yumm..Yumm sedap bau nya!


Ni kira size muffin cup..versi Akak yang agak malas ni...dapat dalam 24 cawan ya...



Ada hari rajin sikit..kita letak ganarche...tapi hari tak berapa rajin...kita ngap aja terus!!

Well peeps...happy holiday ya..sebab Akak akan ke Big Bad Wolf...book Fare at the Mines hujung minggu ni...seperti biasa our family annual event yang sentiasa dinanti-nantikan. Well have a pleasant weekend you all....!!






Wednesday, 26 November 2014

Sup Daging dan Air Asam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang tak seberapa ini. Maaflah sebab banyak sangat urusan dalam kehidupan ini sehingga terkadang niat untuk update blog terpaksa ditangguhkan. Bila ada sedikit kelapangan baru Akak duduk mengadap dan mengetuk papan kekunci ini.

Hidangan sup daging ni memang sering jadi juadah Akak sekeluarga sebab Akak ni tak makan ayam...tapi anak-anak dan Hubby makan. Tambahan pula Puteri tunggal Akak pun seorang yang prefer daging berbanding dengan ayam.

Macam biasalah resepi sup ni Akak buat secara ringkas ikut stok bahan yang ada di dalam dapur Akak lah ya..tu pasal ada waktu sup tu ada kentang...kadang tu tak ada daun sup..pun jadi sup juga..Pendek kata sesuka hati Akaklah nak letak apa dalam sup Akak ni.


Resepi Sup Daging cara Watierman


Bahan-bahan :
  •  daging dipotong sederhana dan direbus dalam pressure cooker sehingga daging empuk
  •  1 labu bawang besar (diblend) kalau saiz kecik letak dua atau lebih
  •  2 atau 3 ulas bawang putih (diblend)
  • 1/2 inci  hingga 1 inci halia (diblend)
  • 2 atau 3 sudu besar serbuk perencah sup Adabi dibancuh dengan sedikit air
  •  sedikit kulit kayu manis, sekuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga
  •  secukup garam.


Caranya :

  • blend bawang besar, bawang putih dan halia untuk dijadikan pes.
  • masukan sedikit minyak kedalam periuk, tumis pes tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dan buah pelaga.
  • kacau sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  • kemudian masukan air, dan pes serbuk perencah sup Adabi yang dibancuh tadi diikuti dengan daging dan ubi kentang jika suka.
  • juga masukan sedikit garam sesedap rasa. 
  • kacau dan biarkan kuah mendidih .
  • Siap sedia untuk dihidang.


Imej Perencah sup Adabi ni dipinjam dari En Google..Terima kasih En. Google!



Dan kebiasaannya sup tu lebih enak dimakan dengan nasi panas bersama dengan air asam.



Oh.......oooooh  nikmatnya!!

Kalau ada yang nak mencuba sup simple versi Akak ni...silakan!

NOTE : My baby girl...this recipe bakal jadi rujukan mu my princess...well I know you will make full use of the recipe...because its your favourite dish!





Thursday, 20 November 2014

Bihun Goreng Tak Cukup Bahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernah tak bila kita rasa nak buat sesuatu...tapi tak ada bahan yang lengkap. Tapi  kita rasa nak buat jugak. Masa yang macam ni lah kreativiti kita kena mainkan peranan. Jadi suri rumah ni kena berani mengolah dari basic resepi jadi something yang presentable dan berselera pada mata dan pastinya boleh diterima tekak dan perut orang yang menjamu selera.

Bila rasa nak buat bihun goreng....kita  perlu ada bahan utamanya pastilah sepeket bihunkan. Mesti terbayang lauk pauk yang menghiasi....taugeh dan sawi. Itu bihun goreng yang biasalah kan ikut spec dan resepi yang biasa. Tapi kalau bukan yang biasa...ikut apa yang adalahkan. Bahan-bahan yang ada cuma bihun,cabai kering, daging, carrot, tomato dan sedikit daun sawi.

No matter what happen...Akak still nak buat juga bihun goreng  so...letak ajalah apa yang ada.


Akak ni jenis yang main campak ajelah apa yang ada dalam gerobok ajaib tu...sebab kalau nak tunggu cukup bahan-bahannya kena rancang elok2. Nak rancang elok-elok tu yang susah sikit...sebab barangan dapur selalunya Akak stok up hujung minggu...cukup tak cukup itulah...guna ajalah apa yang ada. Jadi kalau nak ikut resepi tu...memang haruslah. Mesti ada yang diolah sana sini sebab nak bagi sesuai dengan apa yang ada.

Jangan kita susahkan diri kita sebab kekurangan...itulah gunanya kreativiti. Nak hasilkan bihun goreng ni...cara Akaklah ni ya....kita share resepi nak?Nak tak???Bolehlah ya...sebab pasti ada jugak orang lain yang macam Akak kan...terutama anak2 diperantauan...jangan bataskan diri dengan alasan bahan tak lengkap...teringin nak makan buat sendiri...janji kena ada bahan utamalah sepeket bihun.

Bihun Goreng Tak Cukup Bahan
Bahan-bahannya:

  • sepeket bihun direndam dalam air paip
  • daging dihiris nipis banyak mana awak sukalah...akak letak agak2 semangkuk sebab dah tak letak lauk pauk lain


Bahan Kisar:


  • cili kering dipotong dan direbus (dalam 15 tangkai) ikut tahap kepedasan masing2 
  • segenggam udang kering
  • secubit belacan
  • 2 atau3 ulas bawang putih
  • 1 labu kecil bawang besar atau separuh pun dah cukup
Bahan lain yang Akak guna:
  • 2 atau 3 sudu besar kicap
  • 2 atau 3 sudu besar sos tiram
  • 2 atau 3 sudu besar sos cili
  • sebatang lobak merah diparut
  • beberapa helai daun sawi yang berjaya diselamatkan(hiriskan)
  • 2 biji tomato di dadukan (just nak meriahkan suasana)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • air ikut kesesuaian hingga bihun lembut
  • secubit garam jika perlu
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan masukkan daging yang dihiris nipis tadi.
  2. Bila daging dah garing...masukkan bahan kisar.
  3. Kacau bagi naik bau tambahkan sos cili, sos tiram dan kicap
  4. Masa ni dah boleh rasa..sedap ke tidak apa yang ada dalam kuali...
  5. Masukkan lobak dan diikuti dengan bihun yang disejat airnya
  6. Gaul rata...kalau bihun masih keras tambah air (sedikit2)
  7. kalau dah lembut elok..bihun tu masukkan sawi dan tomato atau bahan perisa sesedap rasa
  8. godek2 sekejap..tutup api dan hidanglah.




Selamat menjamu selera dan mencuba bihun goreng tak cukup bahan versi Watiermanlife.



Wednesday, 19 November 2014

What to Cook??

Assalamualaikum

We often ask ourselves.....what to cook? Any idea? As a typical Malay family...rice is essential...but it cannot stand alone. There has to be side dishes to accompany a plate of rice.Yup...macam tak sesuai lah pulak berceloteh in English. Lets mix it up agar catatan ini kedengaran lebih santai dan mesra...boleh gitu??

Berbalik pada apa yang nak kita masak...memang  jadi suri rumah ni...sering kering idea nak hasilkan hidangan yang menarik buat keluarga tersayang. Jadi kalau sering berulang juadah yang sama maka alasannya itu kegemaran keluarga. Tetapi terlalu kerap jadi jemu pulak.

Sekali sekala tak salah jika layan selera barat kan? Tapi still kena pertimbangkan selera dan tekak ahli keluarga yang tak makan ayamlah...yang tak berapa suka pasta with white sauce lah...pendek kata ragam dan penerimaan isi rumah yang pelbagai. Yang peningnya si tukang masak!!!???****

Apa yang Akak masak??? Yang simple...yang kurang rajin..yang senang....yang penting ada stok kat dalam peti ais dan dapur ku office ku.


Ini yang sangat senang...sebab just masukkan ayam dan bahan perap dalam pemanggang ajaib...mudahkan!



Ini pulak yang simpe dan available....jugak atas permintaan Along...layankan ajalah.

Dan Akak akan cuba mempertingkatkan pengetahuan untuk memperbaiki blog ini kerana ianya kesinambungan dari usaha akak yang terdahulu melalui blog Watiermanlife yang mana terpaksa akak tinggalkan kerana kehilangan password...dan juga email yang terdahulu tidak lagi boleh digunapakai. Besarlah harapan Akak agar semua rakan2 terus menyokong dan berhubungan di dunia siber ini.

Resepi yang akak gunakan sama macam yang pernah akak paparkan dulu di Watiermanlife.blogspot.com.

Watiermanlife ke Rumah Baru....

Assalamualaikum buat semua yang berkunjung dan salam sejahtera. Terimakasih atas kunjungan kerana ini merupakan blog kesinambungan dari Watiermanlife yang telah terputus usaha hampir lebih 2 tahun. 

Atas rasa rindu dan keinginan untuk kembali berkarya di blog yang telah lama bersawang maka Akak terpaksa membuka blog baru kerana blog yang telah lama ditinggalkan itu telah buat Akak terlupa dan tak dapat nak excess ke banyak accout yang berkaitan antaranya..invalid e-mail address, nuffnang punya detail pun Akak tak tahu nak trace kat mana....

Watiermanlife Goes On....adalah rentetan dan kesinambungan kehidupan Akak sekeluarga...yang bermula terdahulu di sini http://watiermanlife.blogspot.com